Kuala Lumpur: “Saya sudah lebih dua tahun tiada ‘job’ (tawaran nyanyian)”.
Itu kata penyanyi Hazami, 47, yang terkesan teruk ekoran penularan Cvd-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2020.
Hazami berkata, pelbagai kesuk4ran dilalui hingga terpaksa mengikat perut, sewa rumah tertunggak dan banyak lagi.
“Sebenarnya saya juga terkes4n dengan pandemik Cvd-19. Saya tiada duit nak makan, malah rumah saya juga pernah tidak dibayar sewa selama empat bulan. Duit dalam bank tinggal RM200 saja. Ia berlaku pada awal tahun lalu.
“Tapi saya jenis senyap dan tidak bercerita. Saya diamkan saja, dan baru ini saya berkongsi. Saya memang menerima royalti dari penulisan lagu saya, tapi disebabkan pandemik, sistem semuanya terganggu, jadi duit tidak masuk.
“Tapi semuanya sudah okay sejak Januari lalu. Cuba bayangkan saya tiada gaji tetap, jadi bila setiap bulan duit kena keluar, duit simpanan pun boleh habis kerana bukan sekejap kita lalui PKP,” katanya.
Menurut Hazami, kesusahan itu membuatkan dia terfikir untuk menjual piano kesayangannya bagi menampung kehidupan.
“Adik-beradik banyak membantu. Ketika vjian berlaku, saya tak tahu apa nak buat hingga menelefon semua persatuan seperti Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) dan Recording Performers Malaysia (RPM), serta syarikat penerbitan saya, menyatakan saya memerlukan duit.
“Mereka memberikan saya ‘advance’ atau pendahuluan dan duit itu semua dimasukkan dalam tempoh tak sampai 24 jam. Malah, rakan-rakan dalam industri ramai yang ambil tahu dan membantu seperti Datuk Hattan dan Kak Jee (Fauziah Latiff).
“Sebenarnya saya tak mahu men4gih simp4ti orang. Ketika saya s4kit dulu pun, saya diam. Perangai saya memang tak suka susahkan orang. Ketika pandemik, bukan saya seorang saja terkesan, malah satu dunia. Kalau saya fikir saya susah, ada lagi yang lebih susah. Jadi saya terima ujian saya seadanya,” katanya.
Terbaharu, Hazami menjadi antara penyanyi legenda yang terbabit dalam program Terpaling Juara bersama Ifa Raziah dan Rahmad Mega serta tiga peserta yang dipilih daripada vji bakat yang diadakan.
Program ini bakal mula bersiaran pada 21 Ogos, dan disiarkan secara langsung pada setiap Ahad, dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, jam 9 malam.
Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000.
Terdahulu,
Penyanyi dan komposer Norkamal Hazami Ahmad atau lebih dikenali sebagai Hazami, 41 pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat pendarahan dalam usus.
Pengurusnya, Aszuad Zakaria, berkata penyanyi Sonata Musim Salju itu mengadu mengalami pendarahan ketika membuang air besar dan tanpa berlengah, terus berkejar ke HKL bagi mendapatkan raw4tan lanjut
“Selepas makan malam, Hazami mengadu mengalami pen4arahan ketika beliau membuang air besar. Risau peny4kit yang pernah dialaminya berulang, Hazami bergegas ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Alhamdulillah, Hazami dalam keadaan stabil dan masih menjalani rawatan. Doktor ada memberitahu, pendarahan yang dialaminya itu tidak s3rius seperti yang pernah dilaluinya tahun lalu,” katanya kepada BH Online.
Tambah Aszuad, Hazami yang kini popular dengan lagu Cintai Dia berharap akan segera sembuh kerana terikat dengan beberapa undangan nyanyian yang terlebih awal dipersetujuinya.
“Hazami terlalu sibuk dengan kerja dan mungkin ia antara punca yang menyebabkan peny4kit lamanya berulang. Kami berharap Hazami akan kembali sihat. Ketika ini, dia hanya perlukan rehat secukupnya,” katanya.
Hazami sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana, dekat sini pada 6 Ogos tahun lalu akibat mengalami pendarahan usus.
Pemegang Ijazah Kejuruteraan Reka Cipta dari Universiti Brunel, London itu mengalami komplikasi yang agak serius hingga terpaksa menjalani pembedahan.
Sumber: Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.