Wan Sharmila Tak Rim4s Dijod0hkan Dengan Shuib

Pelakon Wan Sharmila berkata dia tidak mengambil serius usikan netizen yang cuba menjodohkannya dengan Shuib Sepahtu selepas dia memanggil ibu kepada pelawak itu ‘Mama’.

Memetik Utusan Online, Wan Sharmila berkata ibu Shuib sendiri yang mahu dirinya dipanggil Mama dan dia berbuat demikian sebagai tanda hormat.

“Ibu Shuib yang suruh panggil Mama. Takkan saya nak menolak, nanti dianggap kurang sopan pula. Dia sudah bahasakan diri Mama, jadi saya turutkan sahaja.

“Saya tidak rimas pun apabila warganet terus menerus mahu menjodohkan saya dengan Shuib. Terpulang, hak masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai status dirinya sekarang, Wan Sharmila berkata dia masih belum berpunya.

SUMBER : UTUSAN ONLINE

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *