“Gel3k saya itu yang beri makan”- Ifa Raziah dib4yar puluh ribu di majlis akikah

Baru-baru ini, nama pelakon Ifa Raziah menjadi perhatian netizen apabila dia kelihatan sakan berg3lek bersama artis lain di sebuah majlis akikah telah mencetuskan kem4rahan serta kec4man hebat daripada orang ramai.

Susulan itu, tidak mahu namanya terus menjadi bualan netizen, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha tampil menjelaskan situasi sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut.

Menurut laporan Kosmo, dia mengatakan majlis itu mempunyai dua acara utama iaitu akikah yang dilakukan pada waktu maghrib hingga isyak dan kemudian bersambung dengan sambutan ulang tahun perkahwinan.

“Saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gel3k saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

Tambah pelakon berusia 47 tahun itu lagi, ahli agama seperti ustaz sudah beredar dari majlis tersebut ketika dia membuat persembahan nyanyian dangdut.

Bukan itu sahaja, dia turut menegaskan tariannya itu hanya perkara kecil dan tidak perlu dibesarkan kerana itu adalah kerjaya yang menampung kehidupannya selama ini.

“Apa masalahnya sekarang? Orang b4yar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak sen0noh dan keterlaluan,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, pelakon kelahiran Kedah itu menerima kec4man hebat daripada netizen gara-gara dia berg3lek di sebuah majlis akikah pasangan keluarga Addy Kanna dianggap tidak sesuai.

Mana tidaknya, aksi tidak sen0noh pelakon itu dianggap ket3rlaluan dan tidak menghormati tujuan sebenar majlis akikah tersebut dilakukan.

Sumber: Kosmo (Mohamad Shahemy Azmi), Instagram @ifa_raziah, TikTok @zazarinna

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *