“Saya Jumpa Kem4nisan Berib4dah Ketika Dalam Lok4p,” – Niezam Zaidi

Pelakon Niezam Zaidi akui det1k hit4m yang pernah meland4 hidupnya sebelum ini nyata memberi kes4n terhadap kesih4tan ment4lnya.

Menurut Nizam atau nama sebenarnya, Mohd Niezam Mohd Zaidi, m3ntalnya itu dikatakan sedikit terganggu lebih-lebih lagi membaca komen-komen neg4tif terhadap dirinya di media sosial.

“Kalau saya bukan Isl4m, mungkin saya dah gil4 atau bunvh diri. Saya minta maaf kerana berkata sebegini. Banyak perkara yang telah berlaku pada saya. Mungkin orang lain lihat ia kenangan p4hit, tapi bagi saya p4hit itu adalah vbat.

“Isv kesihatan m3ntal ini janganlah kita ambil mudah. Mungkin kita nampak orang lain tu luarannya okay tapi sebenarnya tidak. Sosial m3dia kita punyai notifikasi dan kita boleh lihat komen-komen daripada netizen sama ada membina atau meng3cam.

“Walaupun dengan membaca, tapi komen-komen sedemikian sebenarnya boleh mengganggu m3ntal juga. Saya kena berhadapan dengan situasi sedemikian dan kerana itu saya berhijrah pulang ke kampung,” katanya kepada MH.

Niezam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pra tonton super telemovie yang berjudul Kan Cheong di Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.

“Saya ingin lupakan d3tik hit4m tersebut. Kini, saya lebih kepada mencari ketenangan melalui ag4ma dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Masa senang memang kawan kita ramai, bila svsah, keluarga juga yang datang dulu. Masa ins1den di Kuala Kangsar, papa saya yang datang. Umur dah 60 lebih datang untuk selesaikan masalah saya.

“Mak saya pula sekarang tengah s4kit tiga serangkai dan papa pun dah tua. Kita pun tak tahu boleh hidup sampai bila. Selagi boleh berjasa, kita buat,” kongsinya lagi.

Nizam yang tidak dapat menahan s3bak memberitahu, kekuatan yang diperolehnya ketika ini datang daripada semangat para peminat yang tidak henti-henti menyatakan sokongan terhadap dirinya.

“Orang ramai juga banyak bagi semangat pada saya. Kalau ikutkan, saya memang tak kuat nak hadapi semua ini. Komen-komen membina ini membuatkan saya menjadi tambah bersemangat dan Allah yang menjadikan saya kuat.

“Sejujurnya saya memang dah putus asa dengan kerjaya seni tapi apa yang papa saya katakan, telah mengubah persepsi saya.

“Papa ingatkan saya, kenapa saya masuk di dalam industri ini. Saya masuk untuk beri kesenangan pada keluarga.

“Jadi, saya pilih untuk bangkit. Mulanya saya ingat nama saya dah disenaraih1tamkan tapi sebenarnya tidak. Banyak stesen tv yang hubungi saya untuk tawaran berlakon,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon asal Ipoh, Perak ini turut mended4hkan dia telah mendapat kemanisan ketika beribadah sewaktu ditahan di dalam lokap.

“Saya tak pernah pergi umrah dan tak tahu macam mana perasaannya. Tapi saya dapat perasaan seronok nak beribadah ketika di dalam lokap. Itu perasaan paling indah dalam hidup saya.

“Saya tahu, tiada siapa lagi yang boleh tolong saya melainkan Allah,” akhirinya.

Terdahulu, Kan Cheong merupakan sebuah super telemovie yang akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 11 Ogos ini.

Selain Niezam, Kan Cheong turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Nora Danish, Jay Iswazir dan Shila Anuar.

Sumber : Mstar

 

 

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *