“Dah berhijab, jangan normalkan buka balik”- Ummi Nazeera

Sejak kebelakangan ini, isu artis membuka tudung dilihat semakin menjadi-jadi seperti penyanyi Elyana yang baru-baru ini mengakui dirinya kini sudah tidak berhijab.

Susulan itu, pelakon Ummi Nazeera tampil memberikan pandangannya mengenai isv rakan artis yang bert1ndak sedemikian semasa ditemubual oleh sebuah stesen radio Malaysia, Zayan FM.

Menerusi video yang dimuat naik oleh peminat di laman TikTok, Ummi Nazeera mengatakan jika sudah berhijab, maka jangan merasakan membuka tudung itu sesuatu perkara yang tidak salah. Tambahnya, perbuatan tersebut  seakan-akan menunjukkan ia sebenarnya satu ‘peny4kit’.

“Kalau dah pakai itu, jangan berpaling tadah untuk membuka hijab semula. Ia dah jadi macam satu peny4kit apabila dah ramai buka.”ujarnya.

@umminazierra AGREE ✅ #umminazeera #fyp ♬ DUKA SEBALIK TAWA – PUTERI KHAREEZA

Dalam pada itu,  pelakon drama Risik Pada Hati itu sentiasa berdoa dan meminta  agar orang disekelilingnya mendoakan agar dia kekal berhijab sehingga ke pengakhiran hidup.

“Saya minta orang disekeliling yang menyayangi diri saya agar mendoakan agar diri ini tidak membuka tudung”pintanya.

Selain itu, Ummi menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana untuk mencari Allah S.W.T sekiranya mereka mempunyai n1at untuk membuka tudung semula.

Perkongsian itu menerima maklum balas p0sitif di kalangan warganet di mana ramai bersetuju dengan pandangan yang dil0ntarkan selain menyukai dengan cara percakapan aktres berusia 32 tahun itu.

Sumber: TikTok @umminazierra

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *