Amir Masdi l3ga ‘Sekuntum Mawar Merah’ vers1nya dapat persetvjuan Ella

PENYANYI Amir Masdi melihat kepvtusan merakamkan kembali lagu popular nyanyian asal Ella berjudul Sekuntum Mawar Merah sebagai tind4kan tep4t apabila ia turut mendapat sokongan dan persetujuan r4tu r0ck negara itu.

Amir atau Amir Syazwan Masdi, 26, berkata, dia turut menghantar mesej peribadi kepada Ella untuk memaklumkan mengenai perkara itu dan teruja apabila mendapat kata-kata semangat daripadanya.

“Saya pun ada mesej kak Ella berkenaan lagu ini dan dia beritahu kalau ada rezeki nanti boleh menyanyi bersama-sama. Saya juga minta dia merestui untuk saya merakamkan semula lagu ini. Saya rasa alhamdulillah dia terima dengan baik.

“Lega juga sebenarnya apabila penyanyi asal sendiri yang menerima pemberian n4fas baru untuk lagu ini.

“Apabila komposer dan juga penyanyi asal memberikan maklumbalas baik, ia membuatkan saya lebih ber4ni untuk merakamkan semula lagu ini,” katanya.

Amir tidak memiliki sebarang per4ncangan untuk merakam semula lagu penyanyi lelaki dalam tempoh masa terdekat selepas Sekuntum Mawar

Kata Amir, lagu ciptaan asal Fauzi Marzuki manakala lirik oleh Lukhman S itu menjadi lagu wajib yang perlu ada dalam senarai apabila mengadakan persemb4han.

“Daripada lagu Ella yang sedia ada, ini adalah kegemaran saya. Saya menyanyikan lagu ini ketika menyertai program Akademi Fantasia Megastar dan Immortal Song.

“Ketika Immortal Song lagu ini antara yang paling banyak mendapat pvjian dan sokongan daripada peminat,” jelasnya.

Disebabkan sokongan yang diterima, Amir kemudian berbinc4ng dengan pihak pengurusan untuk merakam semula lagu terbabit.

Amir merakamkan semula lagu tersebut dalam v3rsi baharu dengan susunan muzik yang lebih segar oleh dirinya, Rudy Nastia dan Farez Asmadi.

Pada masa sama, Amir turut berpendapat menyanyikan semula lagu yang pernah popular dan hit sekitar 1990-an sebagai trend industri muzik sekarang.

“Saya sedar perkara ini sudah menjadi satu ikvtan. Kita boleh tengok r3ntak industri kita sekarang ini lebih kepada mengimbau kembali lagu lama,” katanya.

Amir bagaimanapun tidak mengambil pusing sekitar ada peminat yang membandingkan nyanyiannya dengan Ella.

“Soal perbandingan nyanyian saya dengan Ella, saya tidak terfikir untuk risau perbandingan penyanyi lelaki dan perempuan.

“Saya pilih pilih lagu ini sebab saya suka dari sejak dahulu lagi dan turut mendapat permintaan daripada peminat,” terangnya.

Amir tervja lagu nyanyian semula Sekuntum Mawar Merah diterima peminat sehingga mendapat hampir 300,000 tontonan di YouTube.

Meskipun berp3luang untuk menyanyikan semula lagu Ella, Amir bagaimanapun tidak mer4ncang untuk merakam lagu penyanyi lain.

“Kalau lagu lelaki untuk saya nyanyikan semula itu masih belum ada per4ncangan. Mungkin saya kena tengok juga lirik lagu itu, melodinya, penyanyi dan juga komposer bersesuaian.

“Saya kena hati-hati dan tidak boleh main nyanyi sahaja kerana saya tidak boleh l4nggar saja dan kena horm4t lagu, komposer dan juga penyanyi lama,” ujarnya.

Lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian Amir diterbitkan Nova Music manakala muzik videonya di4rahkan oleh Azuad Abdullah.

Video tersebut sudah mendapat hampir 300,000 tontonan.

Sumber : Mstar

 

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *