Terj4tuh Atas Pentas; “Thank You Dancers Sambut Aina Immediately!”

Ins1den penyanyi terj4tuh ketika sedang menjayakan persembahan ‘live’ bukan suatu perkara as1ng. Itu yang terjadi kepada penyanyi Aina Abdul ketika dia membuat persembahan pembukaan Magic of the Night 2022 yang diadakan di Dataran Muara Sungai Melaka pada malam Jumaat.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Gani, 29, terjatuh ketika sedang menuruni tangga di tengah persembahannya.

Namun, bert1ndak profesional Aina terus b4ngkit sambil dibantu penari sebelum meneruskan persembahannya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Aina berkata walaupun bukan suatu perkara yang boleh dibanggakan namun dia tetap tertawa setiap kali memikirkan perkara itu.

“Alhamdulillah berjalan lancar semalam di hari pertama Magic of The Night, Sungai Melaka.

“Walaupun pengalaman jatuh di atas pentas itu bukan satu hal yang boleh dibanggakan tetapi itu satu perkara yang buat Aina tergelak everytime I think about it and it’s a good laugh, bukan ketawa malu.

“Thank you dancers sambut Aina immediately! Kalau tak, memang Aina carry on menyanyi duduk sahaja la atau berkaki ayam sahaja,” tulisnya.

View this post on Instagram

Aina juga turut memberikan update terkini mengenai keadaan kakinya.

“Buat sesiapa yang bertanya macam mana kaki Aina semalam. Semuanya baik, Alhamdulillah.

‘Terima kasih kerana mengambil berat, sayang semua,” tulis Aina.

Pengalaman terjatuh di atas pentas juga pernah dilalui penyanyi ternama negara seperti Misha Omar, Jaclyn Victor dan Nabila Razali.

Sumber: media hiburan

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *