CHE PUAN SOFIE LOUISE JOHANNSON
Diam tak diam, sudah dua tahun usia perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra di samping isteri tercinta, Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson. Mengimb4s kembali de3ik bersejarah tersebut, pasangan diraja ini telah melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat malam, 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah yang diadakan secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.
Che Puan Sofie meskipun bukan berasal dari Malaysia dan menjalani perbezaan bud4ya sebelum bergel4r suri hati kepada YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, namun beliau dilihat bij4k menyesuaikan diri. Malah biarpun baru setahun menjadi keluarga diraja, penampilan dan kemvnculan Che Puan Sofie telah dis3dari ramai bukan hanya dalam kalangan rakyat Kelantan bahkan seluruh rakyat Malaysia.
Ini kerana pen4mpilan yang digayakan Che Puan Sofie cukvp sopan dan manis dipandang. Masih terb4yang kelib4t wanita kelahiran Sweden ini yang mvncul di khalayak buat pertama kalinya ketika mengikuti Tengku Muhammad Fa-iz Petra mengunjungi rakyat Kelantan yang terl4ntar s4kit dan kurang bern4sib baik.
Waktu itu, Che Puan Sofie baru empat hari bergelar isteri. Lebih manis, penampilan sopannya menggayakan persalinan tradisional baju kurung biru dan berselendang polos warna senada berjaya mencvri perhatian ramai.
Begitu juga ketika Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang meny4ksikan Che Puan Sofie hadir bersama Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Setia berada di sisi suami tercinta, beliau kelihatan cukup anggun dalam persalinan kebaya labuh songket dan selendang kuning. Pada sebelah malam pula ketika Majlis Santapan Diraja, Che Puan Sofie menggayakan baju kurung emerald green yang digandingkan dengan selendang rona senada.
Apa yang pasti, Che Puan Sofie bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata. Sebaliknya, beliau juga seorang wanita yang tidak kek9k bertemu masyarakat, aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, lig4t di dapur, gemar berbasikal dan pandai menjahit. Wah, memang beruntung Tengku Mahkota Kelantan!
Menerusi perkongsian Che Puan Sofie di laman media sosial miliknya, terserlah bakat menjahit beliau. Istimewanya, me3in jahit yang digunakan adalah pemberian Raja Perempuan Kelantan, YMM Tengku Anis Alm4rhum Tengku Abdul Hamid.
Ketika Ramadan lalu pula, Che Puan Sofie pernah menyantuni orang ramai dan membuat jualan amal ‘meat ball’ dan ‘cinnamon bun’ hasil air tangannya sendiri di bazar Ramadan di Kota Bharu. Difahamkan beliau menggunakan sebanyak 7 kilogram daging untuk jualan ‘meat ball’ berkenaan selain tidak melepaskan peluang menyediakan juadah berbuka buat suami tercinta.
Semoga Allah SWT memelihara rumah tangga YTM Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Sofie.
Sumber: Instagram Che Puan Sofie Louise Johansson
Sumber/Kredit : NONA
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.