“Mngsa seterusnya…” Netizen S3lar Shuk Cvri2 Rakam Dan S3bar Vide0 Jiran Sedang Bergel3k.

Pelawak dan pelakon kontroversi, Shuk Sahar menjadi sorotan warganet sekali lagi apabila dia dikatakan tidak menghormati privasi seorang wanita di sebuah kondominium yang tak dapat dikenal pasti lokasinya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pelawak yang berusia 36 tahun itu, dia telah merakam aksi seorang wanita yang sedang leka ‘bergelek’ di balkoni rumah dengan menggunakan telefon bimbit.

Habislah perempuan tu, mangsa Shuk yang seterusnya

Susulan itu, tindakan yang dilakukan oleh pelawak kelahiran Pulau Pinang itu telah mencetuskan kecaman serta rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet kerana sengaja merakam dan memuat naik aksi wanita tersebut di laman sosial tanpa meminta kebenaran.

Tak pernah nak berubah!

Bukan itu sahaja, netizen turut menganggap Shuk tidak berubah dan tidak pernah serik selepas sering terpalit berkaitan isu curangnya ketika mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah atau lebih dikenali sebagai Sera.

Bertahun hadap isu curang, isteri akui sukar maafkan Shuk Sahar

Meskipun masih menjadi tanda tanya, kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera dipercayai bakal menemui noktahnya selepas lelaki itu terpalit isu kecurangan.

Menurut laporan BH Online, Sera atau nama penuhnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkata, mereka masih berhubung tetapi hanya dasar urusan anak-anak.

“Kami sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Saya akui, sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan Shuk lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri.

“Bagaimana saya hendak membahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Cukuplah sampai di sini sahaja, mungkin saya tidak mampu membahagiakannya,” katanya.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata, semua urusan kini diserahkan kepada pihak peguam dengan harapan dapat menemui jawapan sepakat yang terbaik.

“Jadi, kata sepatah juga sudah diambil untuk kebaikan bersama. Kami ada wakil peguam, kini segala urusan membabitkan peguam.

“Diakui, kami sedang mencari keputusan dan kata sepakat terbaik demi masa depan. Bagaimana pengakhirannya…

“…itu kami masih belum tahu kerana ia masih dalam perbincangan. Saya serahkan pihak peguam untuk menyelesaikannya,” ujarnya.

Tambah Sera, dia berharap memperoleh keputusan terbaik kerana membabitkan soal masa depan anak-anak selain percaya dengan perancangan disusun Allah SWT.

“Saya terima dan akur, dalam masa yang sama, cuba menjadi lebih baik untuk anak-anak.
“Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan. Sudah tentu ada ketikanya saya tertekan dengan apa yang berlaku, tetapi saya perlu positif.
“Saya akui, segala-galanya memerlukan masa untuk meletakkan diri saya dalam keadaan hari ini,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ???? ? (@rossa.sera)

Sementara itu, dia turut bersyukur atas limpahan rezeki serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang dirinya.

“Saya semakin fokus dengan apa yang dilakukan sekarang. Saya ada tanggungan, jadi, saya kena bijak menguruskan kewangan.

“Saya berterima kasih kepada masyarakat dan media yang sentiasa mengambil berat mengenai keadaan saya.

“Ramai yang menghantar mesej langsung memberikan semangat untuk saya meneruskan kehidupan. Saya amat menghargainya.

“Tak semua orang berada di tempat, situasi dan matlamat yang sama,” luahnya lagi.

Pasangan tersebut berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Sumber: TikTok @shuksahar, BH Online (Fatin Farhana Ariffin) , Instagram Rossa Sera, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

About admin

Check Also

Nanti dapat Pnyaklt? minta buat pmbedahan Netlzen tegvr berat badan, sekali Ini ayat Padu Almy nadia

Sejak akhir-akhir ini, netizen memberi perhatian kepada perubahan fizikal pelakon berbakat besar, Datin Almy Nadia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *