Penyanyi Shila Amzah sering membuka ruang untuk kalangan peminat mengajukan apa sahaja soalan tak kisah sama ada perihal peribadi atau kerjaya di Instagram Stories.
Biggest red flags?
Terbaharu, Shila ditanya mengenai ciri-ciri lelaki yang akan membuatkan dia ‘turn off’ dalam sebuah perhubungan.
Jawab penyanyi berumur 32 tahun ini, dia menolak sekerasnya jejaka yang bersikap p4nas bar4n iaitu kaki m4ki dan pukul serta tidak mempunyai ‘common sense.’
Memang s3ram
Kenyataan dari pemilik nama lengkap Nur Shahila Amir Amzah mendapat sokongan daripada warganet yang akui takut berdepan dengan lelaki yang suka melakukan kek3ras4n.
Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu menyatakan dia pernah berada dalam situasi terbabit. Katanya, perwatakan luaran nampak romantik namun tidak seindah seperti yang disangka.
Sebelum ini, Shila memberitahu dia tidak pernah menutup pintu hati selepas g4gal dalam berumah tangga namun akan lebih berhati-hati soal pasangan.
Sumber: Instagram @shahilaamzah