Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila hubungan pasangan kekasih selebriti, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dikatakan sudah berakhir selepas Aedy memuat naik ciapan sedih di laman Twitternya.
Guess its true when they said ‘some people are only meant to be in our memories’
— Aedy Ashraf (@aedyxashraf) July 29, 2022
Terbaharu, giliran pelakon jelita Amelia pula berkongsi satu ciapan sedih di Twitternya dengan memaklumkan dia sudah mencuba menjadi yang terbaik namun pengorbanannya hanya sia-sia dan akhirnya dilukai.
Malah, pelakon yang berusia 27 tahun itu juga mendedahkan dia sudah penat untuk terus berpura-pura dan ciapannya itu seolah-olah memberi bayangan mengenai status hubungan percintaanya bersama Aedy sudah berakhir.
why is it that trying to be nice and do the right thing only ever gets me hurt?
— ?????? (@ameliath) August 1, 2022
sick of pretending
— ?????? (@ameliath) August 1, 2022
why is it that trying to be nice and do the right thing only ever gets me hurt?
— ?????? (@ameliath) August 1, 2022
Bagaimanapun, perkongsiannya itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan hubungan cinta yang terjalin bersama pelakon yang berusia 29 tahun itu kekal menjadi misteri.
Sementara itu, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat pelakon kacukan India dan Scotland itu dan berharap hubungan cinta mereka akan kembali seperti sedia kala memandang mereka didapati saling tidak mengikuti antara satu sama lain di laman Instagram.
View this post on Instagram
Terdahulu, Amelia Henderson telah menerima lamaran daripada Aedy untuk menjadi kekasih hatinya di hadapan pentas ketika menjayakan Absolut Food Festival 2022 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada bulan Mac lalu.
Saling ‘unfollow’ & kongsi ayat sedih, hubungan cinta Aedy Ashraf dengan Amelia Henderson berakhir?
Status pasangan kekasih selebriti, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson menjadi tanda tanya warganet setelah beberapa bulan dikatakan menjalinkan hubungan cinta.
Terbaharu, ciapan yang dimuat naik oleh pelakon berusia 29 tahun itu menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi ia dilihat memberi bayangan hubungan mereka berdua sedang mengalami masalah atau kini bukanlah sebagai pasangan kekasih.
“Mungkin betul kata mereka, sesetengah orang hanya ditakdirkan untuk berada dalam hidup sebagai kenangan,”tulisnya.
Apa ni???! Aku nak dorang kahwin
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan ketidaksangkaan dan tertanya-tanya punca hubungan Aedy dan Amelia dilanda masalah.
Baru perasan dorang dah unfollow each other kat Instagram
Tidak kurang juga ada yang terkejut apabila mengetahui Aedy dan Amelia telah tidak mengikuti antara satu sama lain di platform media sosial seperti Instagram.
Kenapa bila putus mesti unfollow?
Sehinggakan terdapat warganet mempersoalkan sebab pasangan kekasih itu ‘unfollow’ akaun media sosial masing-masing walaupun sudah berpisah.
Kata warganet dikenali @Cantique211 itu, mereka masih mengikuti media sosial dan menjadi rakan memandang dunia hiburan di Malaysia sangatlah kecil.
Move on memang sakit. Apa2 pun hidup kena diteruskan
Sebelum ini, Aedy telah mengejutkan ramai apabila melamar aktres Amelia Henderson di depan pentas ketika menjayakan Absolut Food Festival 2022 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada bulan Mac lalu.
Untuk pengetahuan, pasangan selebriti ini pernah bergandingan menerusi drama bersiri Kisah Cinta Kita.
Sehingga kini baik Aedy Ashraf atau Amelia Henderson, kedua-duanya masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai ‘status’ yang menjadi tanda tanya peminat mereka.
Sumber: TikTok @theyareaedylia, Twitter @ameliath, @Aedy Ashraf, Instagram @ameliath
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.