“Kalau Orang Lain Kec3w4, Saya Lebih Kec3wa Dengan Diri Sendiri” – Nelydia Senrose

Sebelum ini hang4t diperkatakan mengenai pelakon Nelydia Senrose dikatakan tidak konsisten memakai hijab selepas pulang mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.

Memetik Harian Metro, Nelydia mengakui kesilapannya serta memohon maaf di atas kekhilafan yang berlaku.

“Saya sedar yang saya tidak sepatutnya buat macam itu, tapi saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelem4han diri.

“Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah,” katanya.

Dalam pada itu, Nelydia yang baru pulang dari menunaikan ibadah haji berharap orang ramai dapat mendoakan dirinya menjadi insan lebih baik serta dapat memakai hijab sepenuhnya.

“Doakan agar saya diberikan iman yang kvat untuk kekal berhijab. Selama ini pun memang saya mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri.

“Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik. Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari,” katanya.

About admin

Check Also

Nanti dapat Pnyaklt? minta buat pmbedahan Netlzen tegvr berat badan, sekali Ini ayat Padu Almy nadia

Sejak akhir-akhir ini, netizen memberi perhatian kepada perubahan fizikal pelakon berbakat besar, Datin Almy Nadia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *