Sebut saja nama Neelofa, pasti ramai tahu selebriti dan usahawan popular itu sering menjadi perhatian ramai. Apa saja dikongsikan oleh Neelofa pasti akan menjadi bualan dan tidak terlepas dengan komen negatif atau kecaman netizen.
Bagaimanapun, Neelofa dilihat seperti sudah lali dengan perkara neg4tif apabila tidak terkesan dengan segala kec4man dilemparkan terhadapnya.
Memetik Kosmo, Neelofa berkata dia mengelak daripada membaca perkara neg4tif untuk mengekalkannya jiw4nya kebal dengan apa diperkatakan orang ramai tentang dirinya.
“Pada awal dulu memang ada fasa trauma tetapi syukur Allah beri kekuatan untuk kekal kuat sehingga hari ini, kalau tidak sudah lama saya tiada dalam industri seni ini.
“Apa yang saya lakukan ialah perlu kenal diri dan tahu apakah niat utama kita untuk lakukan sesuatu perkara,” katanya dalam temu bual Wanita Hari Ini semalam.
Dalam pada itu, Neelofa memberitahu apa yang dilakukannya dia tidak perlu memikirkan pandangan orang lain. Katanya lagi, dia menapis pemikiran bagi mengelak sebarang unsur neg4tif menyerap dalam jiwa.
“Apa sahaja yang orang cakap, saya akan cakap pada diri sendiri, ‘mereka tidak kenal siapa saya seperti mana saya kenal diri sendiri’. Kedua, biarlah orang cakap apa sahaja tetapi hanya diri kita tahu apa yang kita buat.
“Kemudian perlu tapis fikiran dan jangan mudah beri perkara neg4tif masuk sehingga mempengaruhi diri dan hati kita. Tapisan kita perlu kuat.
“Kalau boleh jangan baca semua yang neg4tif sebab semua itu akan masuk dalam hati dan beri kesan kepada hati. Jadi kuat untuk tidak mendengar dan membaca yang orang kata,” katanya.
sumber : mstar